Friday, May 15, 2009

HIV & AIDS

Apakah itu HIV ?

Sejenis virus yang menyerang sistem ketahanan badan manusia sehingga ia tidak berupaya melawan serangan penyakit. Orang yang dijangkiti HIV selalunya kelihatan normal, dan tidak sedar dia telah dijangkiti virus ini. Ini adalah karena virus ini mungkin memerlukan beberapa tahun untuk melumpuhkan sistem ketahanan sehingga seseorang itu jatuh sakit.

Apakah itu AIDS ?

AIDS adalah peringkat akhir jangkitan HIV bila mana ketahanan badan telah lumpuh dan seseorang itu diserang penyakit-penyakit serta barah tertentu [ AIDS defening condition] seperti :
- Hilang berat badan [melebihi 10%]
- Cirit birit berpanjangan.
- Jangkitan Paru paru Pneumocystis Carinnii.
- Jangkitan Cytomegalovirus [paru paru,otak dan retina].
- Jangkitan fungus seperti candida dan histoplasma.
- Jangkitan Harpes simplex dan herpes zoster [kayap].
- Jangkitan Protozoa seperti cryptococcus, Microsporidium dan Isospora.
- Barah seperti kaposi sarcoma dan limfoma.

BAGAIMANA HIV DIJANGKITI ?

Tiga cara utamaHIV menjangkiti manusia :

1. Hubungan sex dengan orang yang dijangkiti HIV.

2. Perpindahan darah yang dijangkiti melelui perkongsian jarum suntikan dadah/narkoba atau
melalui transfusi darah yang dicemari virus ini.

3. Dari ibu yang dijangkiti HIV kepada kandungannya sebelum dan semasa bersalin serta
melalui penyusuan badan.

No comments:

Post a Comment