Tuesday, March 10, 2009

PSIKOLOGI MELALUI MAKANAN

REKAAN MAKANAN MAMPU MEMBAWA DIMENSI KETIGA DIATAS MEJA MAKAN.

Membiarkan anak anak bermain dengan makananmungkin satu perkara yang tidak dibenarkan oleh kebanyakan ibu bapa.

Tetapi kini pereka sofa, lampu dan pinggan mangkuk dan meja turut bermain dengan barang tersebut yang membuatkan kita terus hidup dan seronok.

Sepertipsikologi kontemporeri yang percaya bermain dengan makanan boleh membantu individu yang fobia atau cerewet memilih makanan.

Rekaan makanan mampu membawakan dimensi ketiga diatas meja.

"Dapur merupakan padang permainan yang amat luar biasa" kata Marc Bretillot, salah seorang pereka makanan baru dari perancis.

Bermain dengan makanan adalah satu keperluan untuk keseimbanagan kami. Mengupas kulit kentang adalah satu perbuatan kembali kealam semula jadi.

Melalui pemakanan, ia menghidupkan kesemua lima deria rasa dalam satu satu masa.

Namun, disebabkan pada asasnya makan melibatkan soal hidup dan mati, dan makanan direka ada batasannya.

Orang selalunya lebih rela mati daripada mencoba merasai perkara baru.

Hari ini kita mempunyai sains untuk menentukan makanan itu beracun atau tidak, jelas Bretillot lagi.

Melepasi had terhadap sebanyak manakreativiti yang boleh kita telan ialah nama permainan bretillot seperti coklat kapsul, telur hijau yang di isi dengan dadih mangga dan santan kelapa atau coklat yang dibubuh didalam picagari yang dinikmati sewaktu makan tengah hari.

"Semua nya mengenai ekplorasi dunia kulinari, memecah kod, tetapi ia juga mesti mempunyai rasa yang hebat" kata nya.

Makanan yang baik sememangnya suatu sumber kesenangan yang tiada penhhujung.

Justeru, seorang pereka di Paris mengambil langkah tambahan dengan menerokai kaitan antara
gastronomi dan seks.

Berkerja dengan firma terkenalseperti pengeluar kristal Baccarat, atau pengeluar perak Christofle, begitu juga kepakarannya sebagai chef berkharisma.

Pereka Philippe Di Meo telah melancarkan variasi makanan istimewa sempena hari valentine di pameran rumah terbesar, Maison & Object akhir bulan lalu.

Antara rekaan istimewa Di Meo adalah coklat putih stiletto dalam bentuk sepatu/ kasut tumit tinggi marzipan yang menyamai size sebenar, kotak gincu perak yang mengandungi strawberi merah lolita bersalut coklat dan boleh didapati di super market mewah. Fauchon atau champagne Dom ruinart yang dihiasi gabus kristal untuk menyegarkan badan dengan sentuhan buih dibeberapa lokasi sensitif tubuh.

"Makanan dan seks memang tidak bileh dipisahkan sejak zaman prasejarah. malah kita boleh merasai erotiknya apabila menyaksikan seseorang menikmati hidangan yang tersedia diatas pingggan" katanya.

Ketika ramai pereka makanan dengan jelas meneruskan survival dalam bidang ini, Edouard Malbois telah puas meneroka dunia dalam menghasilkan dan mencipta makanan daripada pinggan eksotik yang kerapkali mendominasi rak rak pasaraya barat sejak empat tahun lalu.

Daripada roti rumpai laut 'berbicara' yang dihiasi dengan hiasan guruHeston Blumenthal [sebuah restoran Fat duck di Britain] yang menghasilkan bunyi seperti pasir dan camar apabila dikunya, kepada inspirasi India yang lembut dimana ia menggabungkan mangga, lobak dan halia untuk menghasilkan Cargill gergasi, Malbois memberi tahu, rekaan mampu memberi nilai tambahan kepada pinggan.

"Kami memberi keutamaan kepada warna, kehendak, emosi, cara baru menghiris dan memotong makanan serta cara baru untuk makan sesuai dengan cara hidup sekarang".

"Tidak ada batasan antara seni reka dalaman, perabot, rekaan dan makanan" kata Melbois, pemilik sarikat Enivrance yang telah menjual 23 jilid pangkalan data makanan jalanan seluruh dunia kepada sedozen syarikat makanan terkenal.

Terpukau dengan gaya makan dan minum rakyat Britain dan Amerika yang sentiasa berubah, Malbois misalnya telah menukarkan sandwic kepada kepingan kpingan kecil yang dijual dalam bentuk tiub untuk rangkaian makanan sehat Britain [BGF].

Prototaip terbaru yang dihasilkan ialah burger yang di ilhamkan melalui gaya Mexico yang berwarna hijau , mengandungi sekeping keju yang diletakkan bersama daun buah fir mudah yang senang dikunyah.

"APA YANG PASTI KETAMAKAN UNTUK MENCIPTA HIASAN DALAM SETIAP HIDANGAN TIDAK MEMPUNYAI BATASAN"


sumber dari kosmo 2 rabu 11 mac 2009.

No comments:

Post a Comment